Thursday, January 24, 2013

, ,

Keadaan Rasulullah S.A.W Di Rumah


Hasan berkata lagi,

            ‘Aku juga pernah bertanya kepada ayahku tentang bagaimana Rasulullah S.A.W masuk ke dalam rumah. Dia menjawab, ’Beliau masuk ke dalam rumahnya apabila sudah diizinkan khusus untuknya. Apabila beliau berada di dalam rumah, beliau bahagikan masanya kepada tiga bahagian. Satu bahagian khusus untuk Allah Ta’ala, satu bahagian untuk isteri-isterinya, dan satu bahagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian, dijadikan bahagian dirinya itu penuh dengan urusan dengan orang ramai. Masa itu dihabiskan bagi melayani semua orang yang awam dan yang khusus. Tidak ada seorang pun dibezakan dengan yang lain. Antara tabiatnya ketika melayani umat, beliau selalu memberikan perhatiannya kepada orang yang paling utama untuk dididiknya. Beliau melayan mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama.

            Ada yang keperluannya satu, ada yang dua, dan ada yang lebih dari itu. Beliau duduk bersama mereka dan melayani semua urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan umat secara umum. Beliau berusaha memberi tunjuk ajar kepada mereka apa yang perlu dan memberitahu mereka apa yang patut lakukan demi kepentingan semua orang. Beliau mengingatkan lagi, “Siapa yang hadir, sampaikan kepada siapa yang tidak hadir. Jangan lupa sampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri. Sesiapa yang menyampaikan keperluan orang yang tidak dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang penguasa., nescaya Allah akan menetapkan kedua tumitnya di hari kiamat.” Tidak disebutkan disitu hanya hal-hal yang seumpama itu saja. Beliau tidak menerima bicara yang lain kecuali sesuatu demi kebaikan umatnya. Mereka dating kepadanya sebagai orang yang berziarah. Namun, mereka tidak meninggalkan tempat itu melainkan berisi. Dalam laporan lain, mereka tidak berpisah melainkan selepas mengumpul banyak faedah. Selepas itu, baru mereka keluar dari majlisnya sebagai orang yang mahir dalam hal-ehwal agamanya.


Salam Cinta Rasul. Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati padanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya.

|Maaf atas segalanya, Moga Allah redha dan sama-samalah kita terus istiqamah perbaiki diri. Allah sayang dirimu|


0 comments:

Post a Comment