Thursday, January 24, 2013

, ,

Kebiasaan Rasulullah S.A.W


Aku bertanya pula, “Ceritakan mengenai sifat kebiasaannya?”

Bapa saudaraku menjawab,

            ‘Rasulullah S.A.W itu kelihatan seperti orang yang selalu bersedih, sentiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirahat panjang, tidak berbicara apabila tidak ada keperluan, banyak berdiam, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnya, kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan ataupun berkurang-kurangan, lemah-lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, sentiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga beliau dapat membelanya.

            Dalam laporan lain, dikatakan beliau tidak marah kerana urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya. Namun, apabila beliau melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat menandingi marahnya, sehingga beliau dapat membela kerananya. Beliau tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu demi kepentingan dirinya, apabila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila beliau berasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan apabila berbicara, dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya, dan bila beliau marah, beliau terus berpaling dari arah yang menyebabkan beliau marah, dan apabila beliau gembira, dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya adalah dengan tersenyum, dan apabila beliau ketawa, beliau ketawa seperti embun yang dingin.’

            Hassan berkata lagi:

            ‘Semua sifat-sifat ini aku simpan dalam diriku sejak sekian lama. Kemudian aku ceritakan kepada Husain bin Ali. Aku dapati dia lebih dahulu bertanya kepada bapa saudaraku tentang apa yang aku tanyakan itu. Dia juga bertanya kepada ayahku (Ali bin Abu Thalib) tentang cara keluar beliau dan masuk beliau, tentang cara duduknya, malah tentang segala sesuatu mengenai Rasulullah S.A.W.’


Salam Cinta Rasul. Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati padanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya.

|Maaf atas segalanya, Moga Allah redha dan sama-samalah kita terus istiqamah perbaiki diri. Allah sayang dirimu|


0 comments:

Post a Comment