Hasan berkata lagi,
‘Aku juga pernah bertanya kepada
ayahku tentang bagaimana Rasulullah S.A.W masuk ke dalam rumah. Dia menjawab, ’Beliau
masuk ke dalam rumahnya apabila sudah diizinkan khusus untuknya. Apabila beliau
berada di dalam rumah, beliau bahagikan masanya kepada tiga bahagian. Satu bahagian
khusus untuk Allah Ta’ala, satu bahagian untuk isteri-isterinya, dan satu
bahagian lagi untuk dirinya sendiri. Kemudian, dijadikan bahagian dirinya itu
penuh dengan urusan dengan orang ramai. Masa itu dihabiskan bagi melayani semua
orang yang awam dan yang khusus. Tidak ada seorang pun dibezakan dengan yang
lain. Antara tabiatnya ketika melayani umat, beliau selalu memberikan
perhatiannya kepada orang yang paling utama untuk dididiknya. Beliau melayan
mereka menurut kelebihan diri masing-masing dalam agama.
Ada yang keperluannya satu, ada yang
dua, dan ada yang lebih dari itu. Beliau duduk bersama mereka dan melayani
semua urusan mereka yang berkaitan dengan diri mereka sendiri dan kepentingan
umat secara umum. Beliau berusaha memberi tunjuk ajar kepada mereka apa yang
perlu dan memberitahu mereka apa yang patut lakukan demi kepentingan semua
orang. Beliau mengingatkan lagi, “Siapa yang hadir, sampaikan kepada siapa yang
tidak hadir. Jangan lupa sampaikan kepadaku keperluan orang yang tidak dapat
menyampaikannya sendiri. Sesiapa yang menyampaikan keperluan orang yang tidak
dapat menyampaikan keperluannya sendiri kepada seorang penguasa., nescaya Allah
akan menetapkan kedua tumitnya di hari kiamat.” Tidak disebutkan disitu hanya
hal-hal yang seumpama itu saja. Beliau tidak menerima bicara yang lain kecuali
sesuatu demi kebaikan umatnya. Mereka dating kepadanya sebagai orang yang
berziarah. Namun, mereka tidak meninggalkan tempat itu melainkan berisi. Dalam laporan
lain, mereka tidak berpisah melainkan selepas mengumpul banyak faedah. Selepas itu,
baru mereka keluar dari majlisnya sebagai orang yang mahir dalam hal-ehwal
agamanya.
Salam Cinta Rasul.
Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati padanya. Melakukan sunnahnya
menyenangkan hati orang yang mengamalkannya.
|Maaf atas segalanya, Moga Allah
redha dan sama-samalah kita terus istiqamah perbaiki diri. Allah sayang dirimu|
0 comments:
Post a Comment