Aku bertanya pula, “Ceritakan
mengenai sifat kebiasaannya?”
Bapa saudaraku
menjawab,
‘Rasulullah S.A.W itu kelihatan
seperti orang yang selalu bersedih, sentiasa banyak berfikir, tidak pernah
beristirahat panjang, tidak berbicara apabila tidak ada keperluan, banyak
berdiam, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnya,
kata-katanya penuh mutiara mauti manikam, satu-satu kalimatnya, tidak
berlebih-lebihan ataupun berkurang-kurangan, lemah-lembut tidak terlalu kasar
atau menghina diri, sentiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah
mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan
marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga beliau dapat
membelanya.
Dalam laporan lain, dikatakan beliau
tidak marah kerana urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya. Namun,
apabila beliau melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat
menandingi marahnya, sehingga beliau dapat membela kerananya. Beliau tidak
pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu demi kepentingan dirinya,
apabila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila
beliau berasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan apabila berbicara,
dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu
jari tangan kirinya, dan bila beliau marah, beliau terus berpaling dari arah
yang menyebabkan beliau marah, dan apabila beliau gembira, dipejamkan matanya,
kebanyakan ketawanya adalah dengan tersenyum, dan apabila beliau ketawa, beliau
ketawa seperti embun yang dingin.’
Hassan berkata lagi:
‘Semua sifat-sifat ini aku simpan
dalam diriku sejak sekian lama. Kemudian aku ceritakan kepada Husain bin Ali. Aku
dapati dia lebih dahulu bertanya kepada bapa saudaraku tentang apa yang aku
tanyakan itu. Dia juga bertanya kepada ayahku (Ali bin Abu Thalib) tentang cara
keluar beliau dan masuk beliau, tentang cara duduknya, malah tentang segala
sesuatu mengenai Rasulullah S.A.W.’
Salam Cinta Rasul.
Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati padanya. Melakukan sunnahnya
menyenangkan hati orang yang mengamalkannya.
|Maaf atas segalanya, Moga Allah
redha dan sama-samalah kita terus istiqamah perbaiki diri. Allah sayang dirimu|
0 comments:
Post a Comment